Surat Pekeliling Ikhtisas
ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Fungsi dan Keberkesanan Panitia Mata Pelajaran Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh
Pengetua/Guru Besar Sekolah Penyediaan
Rancangan Harian Penyediaan
Rancangan Tahunan Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
1-Panitia Mata Pelajaran
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk
memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran,
supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan
pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah
dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya
keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan
3.1 Latarbelakang Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta
minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan
rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu
lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat
pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.Menyedari
hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu
mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga
harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran,
pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan kekesanan
mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang
untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang
menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang
berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
3.2 Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan
ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama
di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit
adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.)
3.2.3 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah
3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran
masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di antara
ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum
dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua
atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat penyelesaian atau untuk
makluman
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum
ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung
dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu
yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli
panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang
dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran:
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan
pembelajaran
3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran
3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan
kelab akademik
3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu
dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan
ikhtisas.
3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia;
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk
dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah )
yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan
bank soalan;
3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan
pembelajaran;
3.4.7 Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu;
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
froamal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau
isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah
mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran
dan pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.
2-Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Kelas
Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting
2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di
dalam kelas:
2.1 Rasional
2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan.
Dengan itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan
pengajaran-pembelajaran.
2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah
pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan
pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu
dititikberatkan
2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan
Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme di
sekolahnya.
2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan
guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses
pengajaran-pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem
pendidikan Negara
2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat
kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di
sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru besar
sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.
2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan
Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru
dan antara guru dan murid.
2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.
2.3. Bidang
2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua)
bidang:
a. bidang organisasi
b. bidang pengajaran dan pembelajaranBidang
Organisasi Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :
Iklim kelas Organisasi kelas Kawalan murid Komunikasi Motivasi Sikap murid
Kebersihan dan perhiasan Penyeliaan gerakerja Penilaian prestasi Profil murid
Panitia pelajaran Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Di
antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah: Rancangan pengajaran Objektif
Isi kandungan Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya Penyampaian
isi pelajaran Teknik bersoaljawab Interaksi guru murid Penggunaan masa
2.4 Prinsip Perlaksanaan
2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas
hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru
2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit
dengan ringkas dan tepat
2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang
dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru
2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan
Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di
tangan Pengetua/Guru Besar
2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara
sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan
untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi
pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat maklumat
yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh Pengetua/Guru Besar
sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.
Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya
tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan
tanggungjawab.
3- Penyediaan Rancangan Harian Rancangan harian hendaklah disediakan sehari
sebelum digunakan Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan
tahunan. Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu
hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu tersebut.
Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang
dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang
menarik, sesuai dan berkesan. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas,
tepat, jelas dan padat Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti
yang berikut:
Tarikh:
Hari:
Mata pelajaran:
Tahun/tingkatan:
Masa:
Tajuk/bidang pembelajaran:
Aktiviti pembelajaran:
Hari:
Mata pelajaran:
Tahun/tingkatan:
Masa:
Tajuk/bidang pembelajaran:
Aktiviti pembelajaran:
Format Rancangan Harian(Satu muka surat boleh dibahagi dua, jika ruang tidak
mencukupi
Tarikh:
Hari:
Mata pelajaran:
Tahun/Tingkatan:
Masa:
Tajuk/Bidang pembelajaran:
Aktiviti Pembelajaran:
Tarikh:
Hari:
Mata pelajaran:
Tahun/Tingkatan:
Masa:
Tajuk/Bidang pembelajaran:
Aktiviti Pembelajaran:
4- Penyediaan Rancangan Tahunan Rancangan tahunan merupakan perancangan
pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi
persekolahan
Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa
Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang)Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa
Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang)Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Tajuk/bidang pembelajaran
Objektif/kemahiranHasil pembelajaran yang dihasratkan
Bilangan minggu
Dan catatan
Format Rancangan Tahunan
Mata Pelajaran:
MingguTajuk/Bidang Pembelajaran:
Objektif/KemahiranHasil Pembelajaran Yang Dihasratkan:
Catatan:
5- Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:" Buku Rekod Mengajar Guru" bertarikh 1 Julai 1963.
2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan,
terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru
diadakan.
3. Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia
dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua
unsur sahaja, iaitu
(i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan
(ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah
memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan
yang mutakhir.
(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara
ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan
Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat
seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh
mana objektif itu tercapai.
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan
sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan
Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabial dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
No comments:
Post a Comment